Sunday, July 24, 2011

Sumbangan kepada anak yatim


Warga SKTI turut sama merasai kesedihan yang ditanggung oleh murid tahun 2 Bestari, Alia Maisara yang kehilangan ayah tercinta. Warga sekolah turut membuat kutipan untuk membantu meringankan sedikit beban yang ditanggung. Sumbangan itu telah disampaikan oleh Pn Hamidah kepada ibu Alia Maisara. Ucapan takziah dari semua warga SKTI.

Perkhemahan Berlencana Pengakap






Seramai 20 orang murid dari Pasukan Pengakap SKTI telah mengambil bahagian dalam perkhemahan pengakap Berlencana Peringkat Daerah Kuala Muda Yan. Perkhemahan itu telah diadakan di Kem Nur Hijrah, Yan selama 3 hari 2 malam. Beberapa orang guru juga turut sama terlibat sebagai guru pengiring iaitu Pn Haslita, Pn Noryati, En Faizal dan En Muhammad Ihsan Sabri.

Bersama Stabilo








Krew Stabilo menjelajah kawasan utara turut singgah di SKTI.

Pelancaran Bulan Galakan Membaca 2011






Pelancaran Bulan Galakan Membaca 2011, disempurnakan oleh Tuan Guru Besar, En Che Hassan bin Che Yahya

Majlis Israk Mikraj


Majlis Israk Mikraj disempurnakan oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Rejab, Imam masjid Kg Tempoyak, Merbok.

1M1S1M




Semua warga SKTI berkumpul di SMK Tunku Ismail bagi majlis pelancaran 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia oleh Pegawai Pelajaran Daerah KMY, Tn Hj Ghani bin Haron.