Tuesday, February 28, 2012

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN



Bengkel Latihan Dalam Perkhidmatan khusus untuk semua guru dan staf sokongan telah diadakan pada 11 Februari 2012. Kali ini Encik Faizal bin Ibrahim selaku fasilitator jemputan telah sudi menyampaikan kursus yang berjudul 'Pengenalan MS Word dan Excel'.

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS 2012







Tanggal 11 Februari 2012, Kursus Kepimpinan Pengawas yang telah dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menjemput En Shater dari Sekolah Kebangsaan Kg Pasir, Merbok sebagai penceramah undangan. Tuan Guru Besar, Encik Che Hassan bin Che Yahya turut serta menyumbang tenaga menjayakan kursus pada kali ini.

Monday, February 20, 2012

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah 2012
















Pada 11 Februari 2012, Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah telah diadakan bermula dengan acara ceramah yang telah disampaikan oleh Ustaz Rejab. Disusuli dengan perarakan dengan membawa sepanduk mengikut persatuan masing-masing sambil berselawat.

Persiapan Menjelang Sambutan Maulidur Rasul




Semua guru penasihat persatuan akdemik dan ahli persatuan bertungkus lumus membuat persiapan sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah.

Majlis Pelantikan Ketua Darjah dan Penolong




Majlis Pelantikan Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah, telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar, Encik Che Hassan bin Che Yahya.

Majlis Persaraan Puan Hajah Rusna dan Puan Hajah Selamah



















SKTI kehilangan lagi dua orang guru apabila Puan Hajah Rusna dan Puan Hajah Selamah bersara pilihan pada 1 Februari 2012. Hanya jutaan terima kasih dari warga SKTI buat mereka berdua. Semuga beroleh kesejahteraan sepanjang hayat. Selamat bersara. Jasamu dikenang.

Majlis Persaraan Pn Ooi Kim Kee












Setelah lebih 30 tahun menabur bakti sebagai seorang pendidik, akhirnya sampai juga ke penghujungnya. Begitulah juga Pn Ooi Kim Kee, 15 Januari 2012, merupakan tarikh bersejarah dalam hidupnya. Semua warga SKTI mengucapkan jutaan terima kasih atas segala pengorbanan selama berada di SKTI. Selamat bersara.