Wednesday, June 27, 2012

Imunisasi Murid Tahun 1

Lawatan Pasukan Kesihatan ke sekolah untuk imunisasi murid tahun 1.


Interaksi Waris Tahun 6

Majlis interaksi waris tahun 6 bersama guru-guru tahun 6 yang telah diadakan di Dewan Ilmu Pusat Sumber Sekolah telah berjalan dengan lancar.  Ramai waris telah sudi meluangkan masa bertemu dan berbincang mengenai pencapaian anak masing-masing.




Program Mental Arithmetik

Demonstrasi 'Mental Arithmetik' kepada murid-murid.


Perjumpaan Murid RMT dengan Guru Besar

Guru Besar, Encik Che Hassan bin Che Yahya, memberi nasihat dan pesanan kepada murid-murid yang menerima Rancangan Makanan Tambahan (RMT) bersama guru penyelaras RMT, Puan Hasni Hamid.

Lawatan Kebajikan

Semua warga SKTI mengucapkan takziah kepada murid yang telah kehilangan bapa tersayang. Semuga rohnya dicucuri rahmat. Amin.
                                    Pn Norhaniza Din menyampaikan sumbangan dari warga SKTI



Pelancaran Program Pencegahan Dadah

Program Pencegahan Dadah peringkat sekolah di bawah kelolaan Unit Bimbingan dan Kaunseling telah dirasmikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Zahari bin Ahmad. Puan Hajah Che Sofiah selaku kaunselor telah menjalankan beberapa aktiviti sepanjang program tersebut. Antaranya ialah pameran, pertandingan membuat buku skrap dan ceramah.

Sepaktakraw 'Juara'

Tahniah kepada pasukan sepaktakraw sekolah di bawah bimbingan jurulatih berkaliber, Ustaz Khairul Izad yang telah menjadi juara daerah KMY.


Program Tahun 6- Aktiviti Bacaan Yasin Mingguan

Semua murid tahun 6 mengikuti program bacaan 'Yasin' yang diadakan pada hari Isnin setiap minggu di bawah bimbingan guru Panitia Agama Islam dan guru-guru tahun 6.







English Weeks

Panitia Bahasa Inggeris telah menjayakan minggu Bahasa Inggeris yang melibatkan semua murid SKTI dengan pelbagai aktiviti yang menarik.
                                             Cikgu Khairul Azwan mengendalikan aktiviti