Monday, April 25, 2011

'Tahniah' Pasukan Bola Baling SKTI Johan Daerah KMY




Pasukan Bola Baling sekolah telah menjadi johan daerah KMY. Tahniah kepada pasukan sekolah dan jurulatih pasukan iaitu Cikgu Mohd Effendi dan Cikgu Rosidi.

Perkhemahan PRS - Unit Bimbingan dan Kaunseling


Seramai 10 orang murid telah terpilih menyertai program perkhemahan 'pembimbing rakan sebaya' yang telah diadakan di SK Kg Pasir Merbok selama 3 hari 2 malam. Perkhemahan tersebut dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling Daerah KMY. Guru Bimbingan dan Kaunseling, Pn Che Sofiah turut serta mengiringi murid sebagai fasilitator.

Wednesday, April 20, 2011

Lawatan AJK Kebajikan

Najihah Mat Zali (6 Arif) dan adiknya, Muhd Firdaus (4 Cerdas)

Pn Hamidah telah sudi menyampaikan sumbangan


AJK Kebajikan telah meluangkan masa mengunjungi waris kepada Najihah (12 tahun) dan Muhammad Firdaus (10 tahun) iaitu murid tahun 6A dan 4C. Ibu kepada murid ini mengalami lumpuh separuh badan dan hanya mengharapkan bantuan kerusi roda untuk bergerak. Simpati dengan nasib yang telah melanda, Pn Hamidah, Pn Haslita dan Pn Nur Fathilah telah sudi menyampaikan sumbangan peribadi kepada waris tersebut. Doa kami agar beliau dapat kembali seperti biasa.

Guru Pelatih IPSAH

Cik Nurul dan Cik Shahela bersama mentor mereka En Faizal



Setelah bersama warga sekolah hampir 2 bulan, tiba masanya berpisah jua. Sebagai tanda ingatan 'cenderahati' disampaikan kepada sekolah.

Sunday, April 17, 2011

Motivasi Tahun 6

Ustaz Ahmad Zakir dan penceramah undangan

Perasaan murid-murid tersentuh juga..semua menangis




Program Motivasi Tahun 6, anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama guru-guru tahun 6. Diadakan di Dewan Ilmu, Pusat Sumber Sekolah. Ustaz Jazmin dari Institut Pendidikan Sultan Abdul Halim telah diundang memberi motivasi.

Lawatan Pemeriksaan Pasukan Kesihatan

Jururawat pelatih dari 'AIMST University' bersama murid tahun 1


Mengambil ukuran berat dan tinggi

Pemeriksaan mata

Pasukan Kesihatan dari Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Muda dan Pelatih dari 'AIMST University' telah melakukan pemeriksaan kesihatan ke atas murid-murid tahun 1 dan 6.

Latihan Kebakaran (Fire Drill)









Latihan Kebakaran diadakan bagi melatih murid-murid agar dapat bertindak sekiranya kebakaran berlaku.

Wednesday, April 6, 2011

Bersama Solivite

Dapat 'Solivite' percuma

Menari bersama 'crew Solivite'


Cikgu-cikgu yang turut serta bersama murid

Susu kultur 'Solivite'
Semua gembira dapat minum susu 'free'. Terima kasih 'Solivite'