Monday, October 24, 2011

Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum- Robotik


Azamuddin Fuadi bin Abd Rahman, Nazirul Hafiz bin Abd Rahman dan Ben Zakaria bin Martin Jay telah terpilih menerima anugerah di Majlis Anugerah Kecemerlangan anjuran Unit Pembangunan Kemanusiaan, Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda pada 19 Oktober 2011 di Cinta Sayang, Golf & Country Resort Sg Petani.

Tuesday, October 18, 2011

Bengkel 'Teknik Menjawab Matematik'




13 September 2011. Semua murid tahun 4 terlibat menyertai bengkel 'Teknik Menjawab Matematik' yang telah diadakan di dewan Ilmu PSS. Pn Sabariah dari SK Bukit Meriam telah sudi menyumbang ilmu kepakarannya.

Susu 1 Malaysia




Seramai 94 orang murid layak menerima bantuan susu berperisa. Setiap murid menerima dua kotak susu setiap minggu bermula bulan September 2011.

'English is fun' bersama Farmchoice





Sesi bersama Syarikat Penerbitan Farmchoice, bercerita dan melakonkan watak binatang berjaya memikat semua murid. Seronok dan terhibur dengan galagat 'Aunty Melissa'.

Sunday, October 16, 2011

Bersama di Taman Tema Air 'The Carnivall' Sg Petani




29 September 2011. Seramai 50 orang murid anak yatim dan miskin bersama guru-guru AJK Badan Kebajikan Murid menyertai rombongan ke Taman Tema Air 'The Carnivall' Sg Petani.

Program Pasca UPSR


Program yang dijalankan sempena selesainya peperiksaan UPSR murid-murid tahun 6

Jasamu dikenang






















Majlis perpisahan Pn Syarifah Shahrena yang bertukar ke SK Syed Jan Al Jafri dan En Muhammad Effendi yang baru menerima kenaikan pangkat sebagai Penolong Kanan Kokurikulum di SK Sidam Kiri. Selamat bertugas di tempat baru.

Penutup 'Bulan Patriotisme'








Majlis penutup 'Bulan Patriotisme' disusuli dengan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang yang telah berjaya dalam aktiviti yang telah dijalankan sepanjang bulan tersebut.

Majlis Mohon Restu






Menjelang UPSR, satu majlis bagi memohon restu guru-guru yang telah mendidik murid-murid tahun 6 bagi mendapat keberkatan menghadapi peperiksaan.

Majlis Perlantikan 'Pengawas Muda' 2011



Seramai 33 orang murid tahun 3 telah dilantik sebagai pengawas persediaan untuk tahun 2012. Majlis perlantikan tersebut telah disempurnakan oleh tuan Guru Besar, En Che Hassan bin Che Yahya.

Majlis Bacaan Yasin, Rumah Terbuka dan Program Pasca UPSR


































10 September 2011. Tiga program berjalan serentak. Majlis Bacaan Yasin sempena UPSR, Rumah Terbuka Aidilfitri dan Program Pasca UPSR yang telah disempurnakan oleh Pn Shahanim bin Mohd Yusof, Yang diPertua Perdasama negeri Kedah. Tahniah kepada semua warga SKTI bersama PIBG yang bertungkus-lumus bagi menjayakan program 'besar' ini.