Wednesday, June 27, 2012

Imunisasi Murid Tahun 1

Lawatan Pasukan Kesihatan ke sekolah untuk imunisasi murid tahun 1.


Interaksi Waris Tahun 6

Majlis interaksi waris tahun 6 bersama guru-guru tahun 6 yang telah diadakan di Dewan Ilmu Pusat Sumber Sekolah telah berjalan dengan lancar.  Ramai waris telah sudi meluangkan masa bertemu dan berbincang mengenai pencapaian anak masing-masing.




Program Mental Arithmetik

Demonstrasi 'Mental Arithmetik' kepada murid-murid.


Perjumpaan Murid RMT dengan Guru Besar

Guru Besar, Encik Che Hassan bin Che Yahya, memberi nasihat dan pesanan kepada murid-murid yang menerima Rancangan Makanan Tambahan (RMT) bersama guru penyelaras RMT, Puan Hasni Hamid.

Lawatan Kebajikan

Semua warga SKTI mengucapkan takziah kepada murid yang telah kehilangan bapa tersayang. Semuga rohnya dicucuri rahmat. Amin.
                                    Pn Norhaniza Din menyampaikan sumbangan dari warga SKTI



Pelancaran Program Pencegahan Dadah

Program Pencegahan Dadah peringkat sekolah di bawah kelolaan Unit Bimbingan dan Kaunseling telah dirasmikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Zahari bin Ahmad. Puan Hajah Che Sofiah selaku kaunselor telah menjalankan beberapa aktiviti sepanjang program tersebut. Antaranya ialah pameran, pertandingan membuat buku skrap dan ceramah.

Sepaktakraw 'Juara'

Tahniah kepada pasukan sepaktakraw sekolah di bawah bimbingan jurulatih berkaliber, Ustaz Khairul Izad yang telah menjadi juara daerah KMY.


Program Tahun 6- Aktiviti Bacaan Yasin Mingguan

Semua murid tahun 6 mengikuti program bacaan 'Yasin' yang diadakan pada hari Isnin setiap minggu di bawah bimbingan guru Panitia Agama Islam dan guru-guru tahun 6.







English Weeks

Panitia Bahasa Inggeris telah menjayakan minggu Bahasa Inggeris yang melibatkan semua murid SKTI dengan pelbagai aktiviti yang menarik.
                                             Cikgu Khairul Azwan mengendalikan aktiviti


Friday, April 13, 2012

Insentif sekolah Penyayang




Insentif Sekolah Penyayang diberi kepada murid dan guru yang datang awal ke sekolah

Milo Percuma




Syarikat Nestle telah sudi memberi sumbangan berupa minuman 'Milo' secara percuma kepada semua warga SKTI. Terima kasih daun keladi...

Tuesday, March 27, 2012

Pelancaran 'Sekolah Penyayang' Peringkat Sekolah













Tanggal 19 Mac 2012, Guru Besar, Encik Che Hassan bin Che Yahya telah merasmikan Program Sekolah Penyayang Peringkat sekolah.

Pemantauan Pasukan Kesihatan Daerah Kuala Muda



Pasukan Kesihatan Daerah Kuala Muda telah membuat pemantauan di kantin sekolah.

Tahniah kepada pasukan Bola Baling Sekolah



Pasukan bola baling SKTI telah berjaya menjuarai pertandingan bola baling antara beberapa sekolah yang telah diadakan baru-bari ini.

Program Kelas Bersih Ceria dan Interaktif bulan Februari



Tahniah kepada pemenang bagi bulan Februari 2012. Hadiah telah disampaikan oleh Encik Zahari bin Ahmad, Penolong Kanan Pentadbiran.

Minggu Bahasa Inggeris SKTI






Pelancaran Minggu Bahasa Inggeris oleh Encik Zahari bin Ahmad, Penolong Kanan Pentadbiran. Beberapa aktiviti telah dirancang bagi membantu meningkatkan minat dan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid-murid SK Tunku Ismail.

Program Sekolah Penyayang




Sempena Pelancaran Sekolah Penyayang, beberapa program telah dirancang untuk meningkatkan peratus kehadiran murid kesekolah. Salah satu program tersebut ialah 'Program Seronoknya Hadir ke Sekolah'. Matlamat utama program ini adalah memantau kehadiran murid dan mengambil tindakan ke atas murid yang suka ponteng sekolah.

Tuesday, February 28, 2012

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN



Bengkel Latihan Dalam Perkhidmatan khusus untuk semua guru dan staf sokongan telah diadakan pada 11 Februari 2012. Kali ini Encik Faizal bin Ibrahim selaku fasilitator jemputan telah sudi menyampaikan kursus yang berjudul 'Pengenalan MS Word dan Excel'.