Thursday, June 27, 2013
Bowling Hari Guru 2013
Semua guru, staf dan AJK PIBG merayakan Hari Guru dengan bersama-sama bermain bowling di Pusat Bowling Taman Sejati.
Program Susu 1 Malaysia
Seramai 32 orang murid Rancangan Makanan Tambahan menerima susu dua kali seminggu.
Cikgu Foziam menunjukkan cara minum susu kepada murid-murid RMT.
Cikgu Foziam menunjukkan cara minum susu kepada murid-murid RMT.
Thursday, January 10, 2013
Pendaftaran Murid Tahun 1 - 2013
Tanggal 30 Disember 2012, majlis pendaftaran murid tahun 1 - 2013. Majlis dimulai dengan taklimat oleh Tuan Guru Besar, Encik Che Hassan bin Che Yahya.
Wednesday, June 27, 2012
Interaksi Waris Tahun 6
Majlis interaksi waris tahun 6 bersama guru-guru tahun 6 yang telah diadakan di Dewan Ilmu Pusat Sumber Sekolah telah berjalan dengan lancar. Ramai waris telah sudi meluangkan masa bertemu dan berbincang mengenai pencapaian anak masing-masing.
Perjumpaan Murid RMT dengan Guru Besar
Guru Besar, Encik Che Hassan bin Che Yahya, memberi nasihat dan pesanan kepada murid-murid yang menerima Rancangan Makanan Tambahan (RMT) bersama guru penyelaras RMT, Puan Hasni Hamid.
Lawatan Kebajikan
Semua warga SKTI mengucapkan takziah kepada murid yang telah kehilangan bapa tersayang. Semuga rohnya dicucuri rahmat. Amin.
Pn Norhaniza Din menyampaikan sumbangan dari warga SKTI
Pn Norhaniza Din menyampaikan sumbangan dari warga SKTI
Pelancaran Program Pencegahan Dadah
Program Pencegahan Dadah peringkat sekolah di bawah kelolaan Unit Bimbingan dan Kaunseling telah dirasmikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Zahari bin Ahmad. Puan Hajah Che Sofiah selaku kaunselor telah menjalankan beberapa aktiviti sepanjang program tersebut. Antaranya ialah pameran, pertandingan membuat buku skrap dan ceramah.
Sepaktakraw 'Juara'
Tahniah kepada pasukan sepaktakraw sekolah di bawah bimbingan jurulatih berkaliber, Ustaz Khairul Izad yang telah menjadi juara daerah KMY.
Program Tahun 6- Aktiviti Bacaan Yasin Mingguan
Semua murid tahun 6 mengikuti program bacaan 'Yasin' yang diadakan pada hari Isnin setiap minggu di bawah bimbingan guru Panitia Agama Islam dan guru-guru tahun 6.
English Weeks
Panitia Bahasa Inggeris telah menjayakan minggu Bahasa Inggeris yang melibatkan semua murid SKTI dengan pelbagai aktiviti yang menarik.
Cikgu Khairul Azwan mengendalikan aktiviti
Cikgu Khairul Azwan mengendalikan aktiviti
Friday, April 13, 2012
Milo Percuma
Tuesday, March 27, 2012
Pelancaran 'Sekolah Penyayang' Peringkat Sekolah
Subscribe to:
Posts (Atom)

